SDARA DINNER 2021 : Serahan Tugas 848 kepada 859


 Januari 22, 2022.  Putra World Trade Center.

Akhirnya dapat juga SDARA melalui batch 88 ataupun 848 menganjurkan makan malam SDARA setelah tertangguh akibat pandemik COVID.

Penganjuran antara yang terbaik dan nostalgik kerana, pada tahun 2021 inilah, batch 88 telah memula satu inisiatif yang memberi makna kepada SDARIANs di Sungai Gadut.  Sebuah bas berharga RM 600,000.00 hasil kutipan dana dari batch 88 dan juga SDARA.  

Penyerahan bersejarah berlaku di Sg. Gadut, dimana Sdarians sendiri menyambut ketibaan bas tersebut.  Namun ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan seperti proses pendaftaran dengan Kementerian Pendidikan untuk kegunaan rasmi sekolah.   Proses biasa, cuma menunggu masa sahaja. 

Dan gimik penyerahan juga telah dibuat semasa makan malam SDARA.  Den menulis macam den terlibat secara langsung pulak dalam pembinaan dan penghantaran bas SDAR ni.  Bukan apa, kita tumpang gembira sebab student SDAR dapat bas dan SDARA yang menyumbang menerusi kutipan antara batch.

Den pun ada la gak contribute, tak banyak "sehinggit dua" je .orang kata amik berkat ramai-ramai.

Pada tahun ini, den tak dapat nak join batch den turun ke PWTC bergathering dan bercatch-up, kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan pada masa dinner tu.  Tak pa la ado wakil.  Si Black tu, adik den. Kira darah daging turun tu kira ok la. 

Pada malam dinner ni jugak, batch den telah menerima baton dari batch 88, dimana pada tahun 2022, batch kami pula akan menguruskan gathering bagi SDARA.  Iyola, dah umur 50an dah.. so kena ambil tanggungjawab la buat gathering sebelum kita handover pulak pada batch 8690 lak...   Memandangkan den tak mai, so den tak de la gambar-gambar yang ditangkap pada masa event tersebut.  

Jadi den kongsikan gambar-gambar yang dikongsikan oleh kawan-kawan den di #demilencadadidada.







No comments:

Post a Comment